Pengalaman pertama

erm arnab sajenis binatang yang berbulu seperti kucing.Nak pegang pon tak berani sebenarnya.Mcm mana boleh terlibat dalam dunia ternakan arnab ini.

Semuanya bermula apabila aku mengikuti rombongan ker rumah kawan isteriku (kak Ji)yang membuat rumah terbuka raya aidilfitri 2010.Kampung gor.batu 10 Telok Panglima Garang Selangor.Setelah sampai disana aku terkejut kerana dihalaman rumahnya sudah rdapat reban2 kecil arnab.aiii biar betol orang ni depan rumah diletaknya reban arnab bisik hatiku...heheheh...

Setelah selesai makan makan kami dibawa melawat kekandang arnab beliau ..Erm first time aku tgk reban arnab sebenarnya.Selalunya nampak reban kambing ,lembu dan ayam jer arnab tak penah pon.

Setelah melihat arnab yang comel2 tiba-tiba plak nak beli arnab tersebut geram tengok comel2...mcm Preity Zintha hehhehehe..

Wife aku yang pilih 3 ekor jugak diambiknya..warna Kelabu belang putih,kelabu gelap dan kuning....

Masa nak balik kak jie bagi kotak letak arnab dalam keter.Habis Fiore aku hari tu bawak arnab dari Telok Panglima Garang ker Shah Alam ,Kampong Bukit Lancong.

Rabu, 3 November 2010

Membeli reban dan baka arnab

asalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah dua minggu memelihara arnab yg 3 ekor secara suka suka,tiba masanya pula timbul fikiran yang baru  apabila diwar-warkan oleh kak jie akan pendapatan yang dijanjikan dalam memelihara arnab ini.erm apa lagi kalau bukan melakukan penternakan arnab.....Aku pon apa lagi pergi la kerumah kak jie ...kononnya untuk membeli lagi arnab untuk dijadikan baka...tetapi sampai disana aku hanya dapat 4 ekor sahaja...mana cukup paling kurang pon 15 ekor  tu pon kena tunggu dalam 5 bulan lagi baru boleh mengawannn.Nak dijadikan cerita datang la sorang lelaki ni ke umah kak jie ni dia ingat aku ni pembeli arnab yang selalu beli arnab diaorang... rupanya  dia ni abg kak jie....Halim....dia bagitau dia ada sebelas ekor untuk dijual..aku pon aper lagi terima la pelawaan dia....lagipon arnab kak jie tak dapat memenuhi permintaan aku ..hehhehehe...

.rumahnya rupanyer sebelah jer dgn umah kak jie tapi dia tak bgtaupon abg dia ader bela arnab.....sampai kat umah dia aku pon tgk2 kat reban dia...erm banyak jugak arnab dia cun-cun plak tue...reban dia pon besar.....dia pon ambikkan arnab 11 ekor yang dia nak jual  tadi...aku pon bayar kat dia....entah mcm mana semasa tgh bersembang dia mengeluarkan beberapa perkataaan yang berbunyi "abg sebenarnya malas dah nak jual arnab abg kalau boleh nak jual jer semuanya" ai biar betul abg ni kata hatiku...ambik la semua dik katanya abg malas nak bela sebab banyak masalah ada masalah arnab kena curi la ,gangguan kucing n anjing la......aku pon aper lagi pucuk dicita ulam mendatang la....terus saku bayar deposit.....tak payah tunggu 5 bulan nak besarkan anak arnab yang aku beli tadi...siap denga reban sekali...hehhehesemingu lpas tu dia antar kat umah aku reban n arnab sekali....nasib baik abg ni ader lori senaang sikit kerja....

Isnin, 1 November 2010

kandang arnab

Hari pertama memelihara arnab aku runsing sebab kesian melihat arnab yang hanya diletakkan didalam kotak.Terfikir juga samaada nak buat reban sendiri atau beli dah siap didalam sangkar.Kalau dalam sangkar mesti kecil dan kalau ada pon yang besar mesti harganya mahal.ERmh cubalah buat reban sendiri.Dengan pengalaman yang sedikit hanya belajar kemahiran hidup disekolah aku teruskan juga niat membuat reban sendiri.Org lain boleh mangapa tidak aku.sedangkan alat pertukangan semua lengkap siap ada" jigsaw mechine" lagi.....Pergi ke kedai hardware beli kayu dan dawai habis jugak dekat rm 200 yang penting buat sendiri dan besar.. tu yang pentinggg.

Erm dengan pengalaman yang sedikit dalam ilmu pertukangan 2 hari baru siap reban yang aku anggap besar tu...hehhehehhehe......Disini disertakan gambar...